Thursday, February 10, 2011

Topi Keledar Cukur Rambut Dalam 20 saat


LELAKI itu memakai topi keledar tersebut. GAMBAR KECIL : KEPALA lelaki berkenaan botak selepas topi keledar itu mencukur rambutnya dengan terdapat kesan krim di kulit kepalanya.



NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.
Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.
Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.
Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi

Petikan Akhbar Kosmo Online

10 comments:

  1. lepas ni x payah pg kedai gunting rambt lagi..hahahA

    ReplyDelete
  2. whamzz...gilerrr inovatifff...sng la pasni kalo nk cukur rambut xyah g barber..

    ReplyDelete
  3. ade bace pagi tadi. muke budak tu sepatutnya pucat lesi.hehe..:-)

    ReplyDelete
  4. hebat! pasni..mungkin lingkup kedai gunting rambut...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...